Dulu-dulu // ii
Dulu dulu, aku susah. Tak pernah rasa pakai selipar. Tapi
aku selesa. Petang senja aku keluar dari rumah. Teriak panggil member yang lain
macam kena sawan babi hutan. Ada datang ada tak. Setiap hari berbeza. Kalau
sama mesti muak. Aku manusia. Kau yang tengah baca pon manusia. Mesti ada hati
dalam diri. Hari ni aku main baling selipar. Esok pukul berapa tok harimau.
Lusa galah panjang. Tulat konda kondi. Tiap kali aku kau main perasaan rasa
lain.Aku lupa dunia ni dikongsi. Masa ni diberi pinjam. Rasa macam semua hak
aku. Dan aku tahu macam tu indah. Satu ketika, aku takut benda jadah ni lupus.
Pupus. Umur sebaya aku tahu lepak. Bakar cerut. Tengok yang tak sepatut. Dan
paling bimbang tahap dewa, diaorang tak pernah tahu dan mahu tahu. Selamba dono
je. Aku tanya diri sendiri ; ini bangsa aku? Darah daging aku? Pembela aku?
Jawapan nya masih samar. Seakan asap rokok yang tebal depan muka kau. Kau cuba
tiup tapi puntung tetap menyala. Ia sudah terjadi. Kau sedar?
Comments
Post a Comment