Masa kecil


Si kecil duduk termangu,
Pohon mangga teduhnya,
Risau, gelisah, muram,
Lagak pemimpin negara,
Kecil tangan dihulur,
Budak hitam,
Beza agama seNegara,
Segera memaut erat,
Buang hukum adat,
Gigi putih susu rongak terbuka luas luas hilang sebatang nan dua,
Hati segar,
Dibasahi lembab sejuk si dia,
Teman akhirat disangka.

Alas kaki tersusun,
Mainan kanak kecil,
Baling tiga kali seturut,
Pasti ia jatuh.
Saat kaki berlari,
Kelikir munusuk tapak kaki,
Aku geli tapi disakiti,
Aku tak mahu henti walau sekali.

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1